BAHAGIAN 5

KEUNTUNGAN DAN KERUGIAN

Wednesday, April 1, 2009

KEUNTUNGAN DAN KERUGIAN DALAM DOWNTREND

- Dalam downtrend pula, anda perlu Entry SELL pada harga yang tinggi. Apabila harga semakin jatuh, maka anda akan mengaut keuntungan.

- Forex adalah berbeza dengan saham di mana keuntungan diperoleh walaupun market downtrend. Bezanya anda perlu menekan butang SELL.

CONTOH:

USJ/JPY = 90.00 -->Anda entry SELL

Apabila harga jatuh kepada 89.99, maka anda telah untung 1 pip. Nilai 1 pip tersebut adalah terpulang kepada saiz lot yang anda pilih. Jika anda memilih saiz lot 2.00 maka anda akan mendapat untung USD2 untuk setiap pips yang turun. Jika harga turun sebanyak 10 pips, maka anda akan mendapat keuntungan sebanyak USD20.

- Kerugian berlaku apabila anda melawan trend iaitu anda BUY sewaktu trend menunjukkan downtrend. Setiap pips yang bergerak turun, akan membuatkan anda mengalami kerugian.

KEUNTUNGAN dan KERUGIAN DALAM UPTREND

- Apabila anda memasuki pasaran (ENTRY/OPEN) pada waktu yang betul, atau mengikut trend pasaran, maka anda akan memperolehi keuntungan.

- Keuntungan dalam Uptrend adalah apabila anda ENTRY BUY pada harga yang rendah dan anda EXIT pada harga yang tinggi.

- Semakin tinggi harga tersebut pergi, semakin tinggi keuntungan anda.

CONTOH:

USD/JPY = 98.00 --> Anda Entry BUY.

Apabila harga bergerak ke 98.01, maka anda telah memperolehi keuntungan 1 pips. Nilai 1 pips tersebut adalah bergantung kepada saiz lot yang anda pilih. Jika anda memilih saiz lot mikro 0.50, maka anda telah untung sebanyak USD0.50.

- Apabila anda berada dalam Uptrend tetapi anda tersilap memilih untuk SELL, maka setiap 1 pips anda akan mengalami kerugian. Juga terpulang kepada saiz lot yang anda pilih.